Memaparkan catatan dengan label Aktiviti BSPN 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti BSPN 2011. Papar semua catatan

SEMINAR PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PASUKAN PEMERIKSA BANGUNAN PRA-CPC JKR SELANGOR


          Pada 15 Disember 2011 Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) telah menganjurkan Seminar Peranan dan Tanggungjawab Pasukan Pemeriksa Bangunan Pra-CPC JKR Selangor yang telah dirasmikan oleh KPP BSPN Pn. Rabiah Ab Aziz bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Objektif penganjuran seminar adalah untuk mempertingkatkan kefahaman dikalangan peserta yang merupakan ahli pasukan pemeriksa bangunan JKR Selangor tentang prosedur dan peranan mereka dalam pelaksanaan Program Pemeriksaan Bangunan. Disamping itu juga seminar ini turut dijadikan platform perkongsian pendapat diantara peserta bagi menambahbaik Program Pemeriksaan Bangunan pada masa akan datang
       Penceramah-penceramah yang terlibat dalam menjayakan seminar adalah terdiri dari Ketua Penolong Pengarah, Pn. Rabiah Ab Aziz sendiri yang telah menyampaikan ceramah bertajuk  Pengenalan Kepada Pemeriksaan Bangunan Dalam Pengurusan Aset Menyeluruh. Ceramah Peranan dan Tanggungjawab Pasukan Pemeriksa Bangunan Pra-CPC JKR Selangor pada slot kedua disampaikan oleh En. Mohd Rahimi Bin Madzlan dan di slot ke tiga ceramah bertajuk Taklimat Program Pemeriksaan Menyeluruh Stadium Negeri Selangor telah disampaikan oleh Cik Christina Edmund Rambayan. Majlis penyampaian sijil penghargaan di atas sumbangan melaksanakan tugas sebagai pasukan pemeriksa bagi Program Pemeriksaan Bangunan Pra-CPC bagi tahun 2011 diadakan di akhir seminar ini. 





Ahli Keluarga Baru Buat Pn Azura

Warga BSPN mengucapkan tahniah buat Pn Azura Husin dengan kehadiran putera sulung pada tanggal 7 Ogos 2011. Muhammad Rayyan Irfan bin Sahril nama pilihan Pn Azura dan suami buat putera kesayangan. Warga BSPN mendoakan dengan kehadiran ahli keluarga yang baru memberikan keceriaan kepada Pn. Azura dan suami serta sedikit sebanyak meningkat tahap motivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di BSPN setelah kembali bertugas daripada cuti bersalin pada 14 November 2011.

Muhammad Rayyan Irfan



Pencapaian Rekod Kursus Bahagian

Pada 21 Oktober 2011 semasa Mesyuarat Pegawai Pengurusan Kompetensi Dan Latihan (PPKL) JKR Negeri Selangor, BSPN telah diumumkan sebagai bahagian yang telah mencapai rekod kursus yang cemerlang dimana 100% pegawai dan kakitangan bahagian telah berkursus sekurang-kurangnya 7 hari bagi tahun 2011. Sebagai tanda penghargaan di atas usaha bahagian ini, Bahagian Korporat selaku penyelaras Pengurusan Kompetensi Dan latihan JKR Negeri Selangor telah telah mengumumkan pemberian hamper kepada BSPN. Hadiah hamper tersebut telah disampaikan oleh KPP Korporat, En Mazlan Bin Mohamad kepada Pegawai PPKL BSPN En. Mohd Rahimi dan Pn. Faridah Anom pada 25 Oktober 2011. Warga BSPN merasa bangga di atas pencapaian ini dan turut gembira di atas penghargaan yang diterima.






Majlis Jamuan Perpisahan Cik Nur

     Nama mesra di pejabat "Cik Nur" atau "Nur". Nama penuh beliau Nur Hidayati Bt Mat Daud yang merupakan salah seorang perintis awal di BSPN JKR Selangor yang diserap masuk dari Unit Pengurusan & Penyenggaraan Jalan (UPPJ) setelah unit tersebut dibubarkan. Jasa dan sumbangan Cik Nur sepanjang berkhidmat di BSPN amat besar dalam memastikan penyenggaraan jalan-jalan Persekutuan di Selangor diurus dengan baik.
      Namun jasa dan sumbangan Cik Nur di BSPN terhenti setakat ini setelah beliau mendapat peluang unruk berkhidmat di UiTM sebagai pensyarah muda di sana. Bagi menghargai sumbangan beliau kepada BSPN, satu majlis jamuan perpisahan diadakan pada 30 September 2011. Ketua Penolong Pengarah Senggara, Pn. Rabiah telah menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cik Nur ke atas sumbangan yang tidak terkira sepanjang bersama BSPN. Pn. Rabiah dan semua warga BSPN turut mengucapkan selamat maju jaya dengan kerjaya yang baru.

Nur Hidayati a.k.a Cik Nur

Pn. Rabiah (KPPS) menyampaikan hadiah kepada Cik Nur sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan

Warga BSPN bergambar bersama



Penghargaan Kepada Pegawai BSPN

     8 September 2011 telah berlangsung majlis Jamuan Hari Raya peringkat JKR Negeri Selangor yang diadakan di perkarangan Stadium JKR Seksyen 17 Shah Alam. Bersama majlis Jamuan Hari Raya tersebut turut diselitkan acara penyamapaian Anugerah Tokoh Negeri yang diberikan secara dwi-tahunan ini bagi menghargai perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan oleh staff-staff JKR Negeri Selangor sepanjang Januari hingga Jun 2011.
     Warga BSPN mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai dari pejabat ini yang telah menerima salah satu daripada Anugerah Tokoh Negeri ini bagi kategori Pegawai Pengurusan & Profesional iaitu Penolong Pengarah, En. Mohd Rahimi Bin Madzlan. Penghargaan yang diterima oleh En. Mohd Rahimi ini secara tidak langsung telah memberi pengiktirafan ke atas kewujudan Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) di JKR Negeri Selangor yang baru berusia 2 tahun.


Jamuan Perpisahan Buat Pelajar Praktikal

        1 Julai 2011 (Jumaat) , merupakan hari terakhir 2 orang pelajar praktikal dari UiTM Shah Alam iaitu  Mohd Edzham Fareez bin Othman yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Fazreena Abdul Karim pelajar Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan menamatkan latihan industri mereka di BSPN setelah masing-masing telah menjalani latihan industri mereka selama 5 hingga 10 minggu.


        Warga BSPN keseluruhannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pelajar ini di atas kesungguhan yang ditunjukkan dan turut mendoakan kejayaan mereka pada masa akan datang. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang menjalani latihan industri di BSPN sedikit sebanyak dapat menjadi panduan dalam mereka menghadapi kehidupan sebenar .


Pn Rabiah (KPP) menyampaikan cenderamata kepada Fazreena

Pn Rabiah (KPP) menyampaikan cenderamata kepada Edzham


Perlawanan Boling Persahabatan Tiga Penjuru Antara BSPN, JKR Gombak Dan Roadcare

Pada 20 Mei 2011 bertempat di Mega Lanes Plaza Alam Sentral, telah berlangsung satu Perlawanan  Boling Persahabatan Tiga Penjuru di antara BSPN Selangor, JKR Gombak dan Roadcare. Acara yang bermula pada jam 8.30 mlm dan berakhir pada jam 11.00 mlm ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara staf dan jabatan yang mengambil bahagian. Perlawanan yang berlangsung berjalan dengan lancar dan semua peserta yang mengambil bahagian kelihatan gembira dan menikmati permainan masing-masing. Namun, pasukan dari BSPN Selangor akur dengan kehebatan pasukan dari JKR Gombak yang telah memenangi tempat pertama dan kedua perlawanan boling pada malam itu.

Gambar-gambar sepanjang perlawanan boling






Taklimat Program Pemeriksaan Tahap Ketersediaan Penerimaan Bangunan PRA-CPC

Selasa 10 Mei 2011, BSPN telah mengadakan Taklimat Program Pemeriksaan Tahap Ketersediaan Bangunan PRA-CPC JKR Selangor yang bertempat di Bilik Mesyuarat Seroja. Objektif program taklimat ini adalah untuk memberi penerangan tentang Program Pemeriksaan kepada ahli-ahli Pasukan Pemeriksa Bangunan JKR Selangor yang telah dilantik bagi tahun 2011/2012. Taklimat telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Senggara, Pn. Rabiah Bt Ab Aziz dan seterusnya sesi taklimat disampaikan oleh Penolong Pengarah Senggara, En. Mohd Rahimi Madzlan. BSPN merupakan urusetia kepada Program Pemeriksaan Tahap Ketersediaan Penerimaan Bangunan PRA-CPC JKR Selangor. Taklimat berakhir pada jam 12.00 tgh dengan sesi penyampaian watikah perlantikan dan sesi bergambar.






Majlis Jamuan Perpisahan Tamat Latihan Industri

Pada hari Jumaat, 29 April 2011, BSPN telah mengadakan satu Majlis Jamuan Perpisahan untuk 2 orang pelajar iaitu Nur Atikah dan Nadirah yang menamatkan Latihan Industri mereka di BSPN pada hari tersebut. Kedua-dua mereka merupakan pelajar Sijil Kejuruteraan Awam daripada Politeknik Shah Alam dan Politeknik Sabak Bernam yang mana telah menjalankan Latihan Industri di BSPN selama 6 bulan bermula pada 29 Oktober 2010. Majlis Jamuan Perpisahan yang dibuat adalah untuk menghargai sumbangan dan sebagai tanda ucapan terima kasih BSPN kepada kedua-dua pelajar ini yeng telah menjalankan Latihan Industri dengan cemerlang. BSPN mendoakan semoga mereka berjaya dalam pengajian dan kehidupan mereka akan datang.

Pn. Rabiah (KPPS) menyampaikan cenderahati kepada Nur Atikah


Pn. Rabiah (KPPS) menyampaikan cenderahati kepada Nadirah


Lawatan Pemeriksaan Kondisi Fasiliti Pejabat JKPTG Klang

Lawatan pemeriksaan yang telah dilaksanakan pada 5 April 2011 adalah bertujuan untuk melaksanakan pemeriksaan ke atas kondisi semasa bangunan JKPTG Klang. Aktiviti ini merupakan salah satu prosedur dalam Pelan Penerimaan Penyenggaraan Fasiliti (FMAP) bangunan JKPTG ini oleh JKR agar bangunan yang diterima oleh JKR untuk disenggara berada dalam kondisi terbaik.

Mesyuarat Pembukaan Pemeriksaan

Aktiviti BSPN Januari hingga Mac 2011