Pada 16 Julai 2012
bertempat di Stadium JKR Seksyen 17, Shah Alam pada pukul 07.30 pagi telah berlangsung Majlis Cabutan Kerja Undi
Penyenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Selangor Tahun 2012 yang telah dihadiri
oleh Pengarah JKR Selangor dan Timbalan Pengarah JKR Selangor sebagai pemerhati
dalam proses cabutan undi tersebut.
Sebanyak 30 projek penyenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Selangor telah
sedia untuk direbut oleh kontraktor yang membabitkan Kontraktor Kelas D, E
& F secara serentak di seluruh Selangor termasuk empat diuruskan oleh BSPN. Kebanyakan projek
yang ditawarkan melibatkan kerja yang boleh dilakukan kontraktor kecil kerana
tidak memerlukan teknologi tinggi.
Kementerian Kerja Raya telah membuka cabutan undi untuk kontraktor kelas
D dan E bagi mempercepatkan pelaksanaan projek yang ditawarkan serta membantu
mereka untuk mendapatkan peluang membangunkan ekonomi masing-masing.
BSPN JKR SELANGOR
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti BSPN 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti BSPN 2012. Papar semua catatan
KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN PENYIMPANAN REKOD DI MAHKOTA HOTEL, MELAKA
Pada 23hb – 24hb November
2012, BSPN telah mengadakan satu kursus pengurusan fail dan penyimpanan rekod.
Kursus yang diadakan pertama kali di bahagian ini telah dilaksanakan untuk kesemua
warga kerja BSPN di Hotel Mahkota, Melaka.
Kursus ini diadakan bagi
meningkatkan pengetahuan pegawai-pegawai di bahagian ini dalam bidang
pengurusan fail dan penyimpanan rekod yang digunakan dalam urusan kerja setiap
kakitangan. Ianya juga bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada para pegawai
terhadap keperluan, teknik dan prosedur yang diperlukan bagi melaksanakan
pengurusan fail dan penyimpanan dan pelupusan rekod kerajaan.
Pensyarah jemputan ialah
Pn. Raudzah bt Othman daripada Arkib Negara Malaysia. Beliau merupakan Penolong
Pegawai Arkib dan mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Masa yang
diperuntukan untuk kursus ini dirasakan sangat terhad kerana banyak perkara dan
pengalaman yang perlu lagi dikongsikan oleh beliau.
Kursus ini diharapkan agar
dapat meningkatkan pengetahuan dan produktiviti warga kerja BSPN dan semoga
kursus sebegini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.
![]() |
Ucapan daripada En. Fadhil
bin Nasrudin selaku pengacara majlis.
|
![]() |
Pensyarah jemputan, Pn.
Raudzah bt Othman daripada Arkib Negara Malaysia memberikan taklimat dan
penerangan yang berkesan sepanjang kursus.
|
![]() |
| Khusyuk mendengar semua penerangan daripada pensyarah |
![]() |
Hari kedua Kursus Pengurusan Fail Dan
Penyimpanan Rekod
|
![]() |
KPPS, Puan Rabiah Abd. Aziz
menyampaikan cenderahati kepada pensyarah jemputan pada hari terakhir kursus.
|
MESYUARAT DAN LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN CAWANGAN KEJURUTERAAN SENGGARA DI BAHAGIAN SENGGARA PERSEKUTUAN NEGERI SELANGOR
Pada
8hb November 2012, BSPN JKR Selangor telah menerima kunjungan buat pertama
kalinya daripada Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Senggara; Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain sempena Mesyuarat
dan Lawatan Kerja Pengarah Kanan CKS disertai oleh Pengarah Bahagian Fasiliti
Jalan; Dato’ Ir. Haji Hamizan bin Mohd Inzan, Pengarah Bahagian Fasiliti
Bangunan; Dato’ Hj. Abd Rahim bin Haji Ahmad, Pengarah Kejuruteraan Cerun; Dr.
Che Hassandi bin Abdullah, wakil Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Senggara; Pn. Maziah binti Abu Hassan bersama beberapa pegawai pengiring dari
Ibu Pejabat.
Pelbagai
persiapan dilaksanakan oleh BSPN dua bulan sebelum lawatan diadakan seperti
melaksanakan mesyuarat penyelarasan dan mewujudkan ahli jawatan kuasa bagi kelancaran
lawatan tersebut. Aturcara mesyuarat serta lawatan tersebut turut dibincangkan
dengan teliti di bawah penyeliaan KPPS.
Selangor
merupakan negeri pertama yang dilawati oleh Pengarah Kanan CKS. Diantara tujuan
lawatan tersebut adalah bagi membentangkan SKT KPPS dan membincangkan mengenai isu-isu
yang berkaitan dengan kerja senggara di bawah BSPN.
Pengarah
Kanan serta pegawai pengiring kemudiannya melawat ke pejabat BSPN di Tingkat 2,
Bangunan SUK Shah Alam sebelum sesi bergambar bersama warga BSPN, Ketua
Bahagian dan Jurutera Daerah.
Seterusnya
lawatan diteruskan ke Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G (PULLS-G) di Pangkalan
Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang. Para pegawai diberi taklimat ringkas
selama 20 minit sebelum melawat ke bilik stimulator dimana Pengarah Kanan serta
pegawai pengiring berpeluang mencuba sendiri stimulator-stimulator tersebut.
Lawatan berakhir dengan makan tengah hari yang sungguh enak di Bangunan MASS
TUDM Subang.
Alhamdulillah
mesyuarat dan lawatan tesebut berjalan dengan lancar dan setinggi-tinggi
penghargaan diberikan kepada Pengarah Kanan dan pegawai pengiring yang sudi
hadir dan kepada warga BSPN yang bertungkus-lumus menjayakan acara ini.
![]() |
| Selamat datang kepada Pengarah Kanan sempena mesyuarat dan lawatan kerja beliau ke Bahagian Senggara Persekutuan Negeri Selangor, Bangunan SUK, Shah Alam |
![]() |
En. Mohd
Sabri Husin dan Cik Christina Edmund menyambut kedatangan Pengaran Kanan,
Cawangan Kejuruteraan Senggara
|
![]() |
![]() |
| Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh En. Zulfadli Bin Mohd Ragemen |
![]() |
| Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan CKS di Bilik Mesyuarat Kekwa, Tingkat 5, Bangunan SUK |
Sesi pembentangan
SKT BSPN 2012 oleh Ketua Penolong Pengarah Senggara, Puan Rabiah Binti Abd.
Aziz
![]() |
Sesi
penyampaian cenderahati oleh Timbalan Pengarah JKR Selangor, Ir. Hj. Abdul Hamid
Bin Md Daud kepada Pengarah Kanan CKS
|
![]() |
Sesi
penyampaian cenderahati oleh Pengarah Kanan CKS kepada Timbalan Pengarah JKR
Selangor, Ir. Hj. Abdul Hamid Bin Md Daud
|
![]() |
KPPS, Puan
Rabiah Binti Abd. Aziz memberi sedikit taklimat tentang jumlah kakitangan dan
ruang kerja pejabat di BSPN.
|
![]() |
Pengarah
Kanan CKS melawat ke setiap ruang kerja pejabat Bahagian Senggara Persekutuan
Negeri Selangor
|
![]() |
Sesi
taklimat oleh pegawai dari Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G (PULLS-G),
TUDM, Subang
|
![]() |
Sesi
taklimat daripada Dr. Zahari tentang aktiviti yang dijalankan di Pusat
Penyelidikan dan Latihan Simulator-G (PULLS-G)
|
![]() |
Pengarah
Kanan CKS mencuba sendiri Simulator-G tersebut.
|
![]() |
Sesi
penyampaian hadiah daripada Dr. Zahari kepada Pengarah Kanan CKS
|
![]() |
Sesi
penyampaian hadiah daripada Pengarah Kanan CKS kepada Dr. Zahari
|
![]() |
Sesi
bergambar kenangan sempena lawatan kerja Pengarah Kanan CKS bersama semua
pegawai BSPN
|
Langgan:
Ulasan (Atom)




















