Memaparkan catatan dengan label Aktiviti BSPN 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti BSPN 2013. Papar semua catatan

LAWATAN KERJA DAN MESYUARAT BERSAMA DATO’ PENGARAH JKR NEGERI SELANGOR DAN KETUA PENOLONG PENGARAH (KPP) JKR NEGERI SELANGOR KE STADIUM SHAH SHAH ALAM DAN STADIUM MALAWATI PADA 31HB DISEMBER 2013



Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) telah melaksanakan satu (1) lawatan kerja bersama Dato’ Pengarah, Dato’ Ir. Hj. Hamizan Bin Mohd Inzan dan semua unit Ketua Penolong Pengarah (KPP) JKR Selangor serta diiringi oleh pihak Bahagian Pengurusan Stadium ke Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati. Lawatan kerja ini dilaksanakan bertujuan untuk memaklumkan penemuan kerosakan dan anggaran kos untuk kerja-kerja penyenggaraan Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati untuk dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada awal tahun 2014.


Hasil dari lawatan kerja yang telah dilaksanakan, pihak JKR mencadangkan isu keselamatan perlu diambil tindakan dahulu iaitu kerosakan yang serius yang boleh menyebabkan kecelakaan/ kecederaan kepada pengguna atau orang awam. Perlu diperbaiki dengan kadar serta-merta. Lawatan kerja dan mesyuarat berakhir pada jam 1.00 petang.
Lawatan kerja bersama Dato’ Pengarah, Dato’ Ir. Hj. Hamizan Bin Mohd Inzan, semua KPP JKR Negeri Selangor dan diiringi oleh Bahagian Pengurusan Stadium di Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati.

Penerangan mengenai Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati daripada pihak Bahagian Pengurusan Stadium kepada pihak JKR.

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PEGAWAI BSPN PADA 15HB DISEMBER 2013



Pada 15hb Disember 2013, BSPN JKR Selangor telah mengadakan majlis perpisahan sempena pegawai BSPN yang tamat perkhidmatan sebagai Pegawai Khidmat Sementara (PKS) kerana telah mendapat tawaran untuk sambung pelajaran di Politeknik Ungku Omar, Perak Darul Ridzuan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada pegawai ini di atas kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di BSPN. Pegawai tersebut adalah Nur Liyana Binti Tazarudin.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Nor Azree Bin Abdul Aziz. Selanjutnya, KPPS Senggara, Pn. Rabiah Binti Ab. Aziz dalam ucapannya juga telah merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada pegawai ini. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada pegawai yang akan bertukar dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada pegawai yang diraikan. Majlis telah berakhir dengan jamuan makan dan mengambil gambar kenang - kenangan.

Semua warga BSPN mengucapkan selamat maju jaya kepada pegawai ini dan semoga beliau terus sukses di masa hadapan!
“Buah Pauh Delima Batu,

Anak Sembilang di tapak tangan,

Walau jauh di negeri satu,

Hilang di hati, di mata jangan.”
Majlis perpisahan dan penyampaian cenderamata kepada pegawai, Nur Liyana Binti Tazarudin.