PENYENGGARAAN OLEH ALLOY ADVERTISING SDN BHD



Alloy Advertising Sdn Bhd atau nama dahulunya dikenali sebagai Nilam Simfoni Sdn. Bhd telah diberikan hak mendirikan struktur paparan iklan di Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sejak tahun 1998 lagi.Walaubagaimanapun,di atas keizinan hak pemasangan tersebut pihak Alloy Sdn. Bhd dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan penyenggaraan di kedua-dua laluan tersebut. Perincian lokasi bagi kedua-dua laluan tersebut adalah seperti berikut:

a. Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)
·         8.90 – 9.80 (Mula selepas bulatan Batu Caves hingga ke Ramp turun jejambat Batu Caves) – 1.60 km
·         11.80 – 15.70 (Selepas Jejambat hadapan Giant Batu Caves sehingga jejambat Melati, dan laluan bawah jejambat Melati) – 4.90 km
·         19.20 – 25.90 (Mula dari Taman Permata/Melawati hingga pusingan ’U’ Hotel Flamingo Ampang, dan laluan bawah Hotel Flamingo – 10.70 km
·         27.70 -32.20 (Mula dari Kg Pandan hingga ke Simpang Taman Pandan Perdana, laluan bawah jejambat Pandan Jaya, Pandan Indah Interchange dan laluan bawah Taman Kenchana – 8.60 km

b. Lebuhraya Persekutuan, FT02
·         26.30 – 34.40 (Mula dari pintu gerbang menghala ke Shah Alam hingga Menara Jam, Subang) - 8.1 km