Setiap projek yang telah tersenarai dalam jadual perancangan Program Pemeriksaan Tahap Ketersediaan Penerimaan Bangunan Pra-CPC perlu dipastikan telah benar-benar memenuhi segala kriteria yang telah ditetapkan untuk menentukan sesuatu projek itu telah sedia untuk diperiksa.
Kriteria-kriteria tersebut adalah:
1. Kemajuan fizikal keseluruhan projek termasuk kemajuan kerja Mekanikal & Eletrikal (M&E) telah mencapai sekurang-kurangnya 95% siap dan sebelum CPC dikeluarkan.
2. Kerja-kerja pengujian & pentauliahan (testing & commissioning) untuk projek tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya.
3. Telah mempunyai sumber bekalan air dan elektrik yang sempurna.