Photo 2: Banjir di Premis Perniagaan
Photo1: Kerja-Kerja Mencuci Longkang Saliran
MASALAH pembuangan sampah yang semakin tinggi oleh rakyat Malaysia nampaknya masih tidak ada jalan penyelesaian. Pelbagai program kesedaran yang dilancarkan dan yang digerakkan oleh agensi kerajaan yang diamanahkan masih gagal menyedarkan rakyat. Sikap keprihatinan rakyat terhadap masalah sampah yang semakin meruncing, nampaknya tidak wujud di hati rakyat. Tong-tong sampah kitar semula yang diletakkan di beberapa tempat, juga tidak mendapat sambutan rakyat. Di manakah silapnya? Adakah ketamadunan rakyat Malaysia terhadap kebersihan sudah terhakis atau kempen-kempen kesedaran yang dilancarkan tidak sebaik seperti kempen 'Tak Nak' yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan
Berdasarkan perangkaan penyenggaraan Tahun 2011, sebanyak RM335,088.00 telah dibelanjakan oleh JKR Persekutuan di Negeri Selangor untuk menjalankan kerja membuang sampah-sarap bukan sahaja di atas jalan raya malah didalam longkang. Tabiat ini bukan sahaja menyumbangkan persekitaran yang kotor malah mengakibatkan banjir kilat akibat daripada sampah sarap yang tersangkut didalam longkang saliran. Siapakah yang harus dipersalahkan? Persoalan yang utama adalah wajarkan Kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar semata-mata menutup mengutip sampah sarap yang datangnya daripada segelintir rakyat yang tidak prihatin ini?
Rakyat sering mempersalahkan Kerajaan sekiranya banjir terutamanya dikawasan-kawasan perumahan atau permis perniagaan, tetapi pada hakikatnya sebahagian punca banjir adalah datangnya daripada aliran longkang yang tersangkut akibat sampah yang tersangkut di sungai dan longkang terutamanya semasa hujan lebat terterusan