Persimpangan - "Guide Island" Minor Road

Persimpangan adalah lokasi yang banyak berlakunya konflik diantara kenderaan di laluan utama dan kenderaan di jalan minor.Terutamanya persimpangan yang tanpa lampu isyarat (Unsignalised Junction).Antara puca berlakunya kemalangan adalah paparan geometric jajara jalan memberi illusi bahawa jalan tersebut lurus serta ketiadaan atau kekurangan papan tanda khusus dipersimpangan yang jelas kepada pemandu.

Satu kajian telah dijalankan di FT005 Jalan Klang-Sabak Bernam Seksyen 468 dimana telah mencatatkan 3 kematian atau lebih dalam masa setahun.Kes yang sering berlaku adalah kenderaan dari jalan minor gagal memberhentikan kenderaan di persimpangan dan merempuh kenderaan dari jalan utama.

Berikut adalah pelan simulasi kes tersebut:-


Antara kelemahan yang didapati di laluan tersebut adalah:-

a. Jajaran lurus yang panjang sebelum sampai di persimpangan;
b. Ketiadaan "Guide Island" di kedudukan penghujung jalan minor untuk memberikan alert kepada pemandu
    akan wujudnya persimpangan di hadapan;
c. Lebar jalan minor adalah besar iaitu 4.2meter (seolah seolah jalan utama)
d. Garisan Henti "Stop Line" yang sudah pudar;
e. Papan tanda yang menggunakan "Engineering Grade" telah pudar dan tidak efektif;
f. Keadaan di persimpangan dimana lampu lampu jalan yang tersusun memberikan gambara jajaran jalan
   minor adalah laluan terus;

Kaedah Pembaikan

a. Mewujudkan guide island di median dengan kelebaran 1.2m dengan panjang minima 15 meter (ATJ
   11/87)
b. Garisan henti "Double Stop Line" jenis thermoplastik kelebaran 150mm
c. Tambahan "Flexible delineator post" dan juga "Reftroreflective pavemen marker" serta pemasangan papan
    tanda jensi HI (High Intensity) atau HIP (High Intensity Prismatic)