KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN PENYIMPANAN REKOD DI MAHKOTA HOTEL, MELAKA



Pada 23hb – 24hb November 2012, BSPN telah mengadakan satu kursus pengurusan fail dan penyimpanan rekod. Kursus yang diadakan pertama kali di bahagian ini telah dilaksanakan untuk kesemua warga kerja BSPN di Hotel Mahkota, Melaka.
Kursus ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan pegawai-pegawai di bahagian ini dalam bidang pengurusan fail dan penyimpanan rekod yang digunakan dalam urusan kerja setiap kakitangan. Ianya juga bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada para pegawai terhadap keperluan, teknik dan prosedur yang diperlukan bagi melaksanakan pengurusan fail dan penyimpanan dan pelupusan rekod kerajaan.
Pensyarah jemputan ialah Pn. Raudzah bt Othman daripada Arkib Negara Malaysia. Beliau merupakan Penolong Pegawai Arkib dan mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Masa yang diperuntukan untuk kursus ini dirasakan sangat terhad kerana banyak perkara dan pengalaman yang perlu lagi dikongsikan oleh beliau. 
Kursus ini diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan dan produktiviti warga kerja BSPN dan semoga kursus sebegini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.
Ucapan daripada En. Fadhil bin Nasrudin selaku pengacara majlis.

Pensyarah jemputan, Pn. Raudzah bt Othman daripada Arkib Negara Malaysia memberikan taklimat dan penerangan yang berkesan sepanjang kursus.

Khusyuk mendengar semua penerangan daripada pensyarah
Hari kedua Kursus Pengurusan Fail Dan Penyimpanan Rekod

KPPS, Puan Rabiah Abd. Aziz menyampaikan cenderahati kepada pensyarah jemputan pada hari terakhir kursus.