Bengkel Mengemaskini Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) BSPN 2012



Pada 12-14 Jun 2012 bertempat di Hotel Heritage, Cameron Highland telah berlangsung Bengkel Mengemaskini Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) BSPN 2012 yang telah diadakan selama dua hari.  Buat julung kalinya bengkel ini telah mempertemukan warga BSPN dan JS bertemu dalam suasana yang tenang dan jauh dari kesibukan suasana tempat kerja.  Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) sememangnya penting dalam sesebuah jabatan kerana dijadikan dokumen rujukan utama untuk menggambarkan peranan dan fungsi jabatan terbabit.  Fungsi Fail Meja (FM) pula menerangkan dengan terperinci tugas dan tanggungjawab setiap individu.  Semoga bengkel ini dapat memberikan pendedahan kepada setiap kakitangan yang hadir untuk memahami dengan lebih mendalam lagi skop MPK dan FM.
Bacaan Doa bagi memberkati bengkel oleh En. Mohd Saiful bin Abu Khair

Penyampaian cenderahati daripada KPPS BSPN kepada pensyarah Hjh Zailan bt Yusoff

Para peserta bengkel yang hadir

Suasana sewaktu bengkel

Sibuk berbincang

Unit Jalan tekun mendengar

Unit Pentadbiran sedang khusyuk (kecuali seorang yang sempat pandang kamera dan tersenyum manis)

Pensyarah yang berpengalaman; Hjh Zailan bt Yusoff

Bergambar sewaktu upacara penutup