Senarai Kuari Yang Layak Menghasilkan Asphalt Bagi Kerja Jabatan Kerja Raya


Bagi memastikan kuari tersebut mematuhi spesifikasi JKR sepenuhnya dalam operasi membancuh dan membekalkan asphalt bagi kerja-kerja menurap jalan untuk projek-projek Jabatan Kerja Raya, sesi auditan ke semua kuari di seluruh Negeri Selangor telah dijalankan oleh pihak Bahagian Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Selangor bersama Bahagian Senggara Persekutuan Negeri JKR Selangor sepanjang tahun 2012.

Auditan ini adalah bukan sahaja merangkumi kualiti bahan batu baur dan bitumen sahaja malah secara keseluruhan operasi bancuhan daripada penyediaan Mix Design sehinggalah output premix tersebut berdasarkan Standard Specification for Roadworks (JKR/SPJ) Klausa 4.2.4.4 (b) dan Senarai Semak Audit Kuari.

Sebanyak 9 buah kuari di Negeri Selangor telah diiktiraf sebagai kuari yang layak menghasilkan asphalt bagi kerja-kerja turapan jalan di Negeri Selangor.Tempoh sahlaku adalah 1 tahun berkuatkuasa bermula tarikh surat kelulusan yang dikeluarkan oleh JKR Malaysia.


Kuari Yang Lulus Untuk Hasilkan Asphalt Negeri Selangor Sehingga Disember 2012