Jamuan Perpisahan Pelajar Praktikal

Adik Nirdayanti Bt. Mohd Lani dan Adik Siti Maisarah Bt Mohd Majid merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan dari UiTM Shah Alam yang telah membuat latihan praktikal di BSPN selama 5 minggu bermula dari 25 Januari 2012. Sebagai tanda penghargaan kepada kedua-dua pelajar ini yang telah menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan sepanjang tempoh latihan praktikal mereka di BSPN, bahagian ini telah mengadakan satu majlis jamuan perpisahan buat mereka pada 23 Februari 2012.


Majlis yang serba ringkas ini diraikan tanpa kehadiran KPPS, Pn. Rabiah kerana terpaksa menghadiri lawatan tapak penting namun Pn. Rabiah sempat meninggal pesanan buat mereka agar dapat mempraktikkan segala ilmu yang bermanfaat yang diperolehi sepanjang menjalani latihan di BSPN dan semua warga BSPN mengucapkan selamat maju jaya buat mereka berdua.