MENGENAI KAMI

Terakhir dikemaskini pada: 5 November 2014

LATAR BELAKANG BSPN

BAHAGIAN SENGGARA PERSEKUTUAN NEGERI (BSPN) TELAH DIWUJUDKAN DI BAWAH CAWANGAN KEJURUTERAAN SENGGARA (CKS), JKR MALAYSIA SEWAKTU PENUBUHAN CAWANGAN TERSEBUT PADA  PERTENGAHAN 2007. PADA 1 ME1 2009 BSPN SECARA RASMINYA TELAH DITEMPATKAN KE JKR NEGERI DI SELURUH NEGARA DENGAN MEMBAWA MISI CAWANGAN IAITU; MENJADI PUSAT RUJUKAN PENGURUSAN ASET MENYELURUH (PAM) DAN PENYENGGARAAN ASET KEJURUTERAAN BERTERASKAN POTENSI MODAL INSAN SERTA TEKNOLOGI TERKINI DALAM MENGOPTIMUMKAN NILAI ASET KERAJAAN.

BAHAGIAN SENGGARA PERSEKUTUAN NEGERI (BSPN) SELANGOR DIKETUAI SEORANG KETUA PENOLONG PENGARAH (J52), 4 ORANG PENOLONG PENGARAH (J44), 6 ORANG PENOLONG PENGARAH (J41) DAN 10 ORANG KAKITANGAN SOKONGAN BERSAMA – SAMA BERGANDING BAHU MENJALANKAN FUNGSI BAHAGIAN.

BSPN SELANGOR MEMPUNYAI 4 UNIT UTAMA IAITU UNIT FASILITI JALAN, UNIT FASILITI BANGUNAN, UNIT DAFTAR ASET, PEMERIKSAAN ASET DAN UNIT PENTADBIRAN YANG MANA UNIT-UNIT INI BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN ASET KERAJAAN PERSEKUTUAN DI NEGERI SELANGOR YANG DIAMANAHKAN KEPADA JABATAN KERJA RAYA.


SUSUR GALUR ORGANISASI 


CARTA ORGANISASI
CAWANGAN KEJURUTERAAN SENGGARA (CKS), JKR MALAYSIA

CARTA ORGANISASI JKR SELANGOR

CARTA ORGANISASI
BAHAGIAN SENGGARA PERSEKUTUAN NEGERI (BSPN) JKR SELANGOR


VISI BSPN:
Sejajar dengan visi dan misi baru JKR yang ditetapkan oleh pengurusan atasan, JKR telah merumuskan visi bagi bisnes utama Pengurusan Senggara adalah ‘Menjadi pusat kecemerlangan kejuruteraan senggara berteraskan kreativiti dan inovasi modal insan, serta teknologi terkini’.

MISI BSPN:
Manakala misi bagi fungsi pelaksanaan penyenggaraan JKR:

  • Memberi perkhidmatan dan perundingan teknikal kepada kerajaan dalam pengurusan aset awam secara profesional dan kos efektif.
  • Komited untuk mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan penyenggaraan aset awam dengan amalan terbaik dan teknologi terkini untuk memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Kami bertekad untuk membangunkan kecemerlangan modal insan yang pakar, kreatif dan inovatif dalam pengurusan aset awam.

OBJEKTIF BSPN:
Objektif Utama BSPN adalah memastikan:
  • Ketahanan yang berterusan dan kebolehtahanan operasi fasiliti yang telah dibangunkan.
  • Perbelanjaan senggara Aset Kerajaan yang berhemah mengikut perancangan
  • Penjagaan nilai aset mengikut nilai jangka hayat yang terancang 
  • Inventori aset awam yang teratur dan seragam
  • Menjaga dan meningkatkan kepercayaan awam terhadap sistem penyampaian Kerajaan
  • Mengurangkan perbelanjaan senggara tahunan
  • Kerja-kerja senggara akan diawasi oleh mereka-mereka yang berkelayakan dan mempunyai kompetensi yang tinggi
  • Peraturan-peraturan, spesifikasi dan Undang-undang dalam kerja-kerja senggaraan dipatuhi sepenuhnya.

    FUNGSI BSPN:
    Fungsi Utama BSPN adalah :
    • Mengurus pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan bagi  BSPN.
    • Mengurus pelan operasi senggara tahunan dan bajet  operasi senggara tahunan untuk aset kerajaan persekutuan di negeri.
    • Memantau sistem dan prosedur kerja penyenggaraan supaya dapat dilaksanakan dengan berkesan.
    • Merancang dan mengendali sistem pengurusan aset menerusi sistem pengawasan penyenggaraan terkini.
    • Mengurus dan memantau program penswastaan penyenggaraan di negeri dengan menyeragamkan spesifikasi dan pelan kualiti kerja yang digunakan.
    • Merancang dan memantau perlaksanaan kerja penyenggaraan dengan menggunakan teknologi terkini.
    • Memberi khidmat  inspektorat / audit  peringkat negeri.

      Unit Fasiliti Jalan
      • Bertanggungjawab mengurus, menyelaras, memantau dan memperakui program kerja penyenggaraan jalan persekutuan.
      • Bertindak memberi khidmat nasihat kepada teknikal syarikat konsesi bagi memastikan semua kerja penyenggaraan di buat secara professional mengikut keperluan dan kepakaran teknikal.
      Unit Fasiliti Bangunan
      • Mengurus, menyelaras dan memantau program senggara aset bangunan kerajaan persekutuan seperti bangunan-bangunan Kem Tentera,  Sekolah, Kuarters,  Penjara,  Polis,  Klinik desa, Klinik kesihatan, Kuarters kerajaan.
      • Mengurus, menyelaras dan memantau kerja – kerja pemulihan, ubahsuai dan naik taraf bangunan kerajaan persekutuan.
      • Mengurus permohonan pelupusan aset bangunan kerajaan persekutuan.
      Unit Daftar & Pemeriksaan Aset
      • Mengurus penerimaan dan pendaftaran aset – aset baru kerajaan merangkumi bangunan, jalan, jambatan dan lain-lain.
      • Mengurus dan meyelaras penilaian keadaan & prestasi aset 
      Unit Pentadbiran
      • Mengurus perkhidmatan personel kakitangan termasuk penyediaan MyKJ, HRMIS, Borang Pengisytiharan Harta, Rekod Buku Perkhidmatan, Rekod Cuti dll.
      • Mengurus sistem Fail, Pekeliling, Surat Menyurat.
      • Mengurus urusan Aset/Harta Modal/Inventori/Stor, Percetakan, kemudahan utiliti.

      SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN
      BSPN SELANGOR

      KETUA PENOLONG PENGARAH SENGGARA (J52)
      Encik Kamaruzaman Bin Hussen
      PENOLONG PENGARAH UKUR BANGUNAN (J44)
      Cik Christina Edmund Rambayan
      PENOLONG PENGARAH MEKANIKAL (J44)
      Puan Nor Idayu Binti Arifin
      PENOLONG PENGARAH AWAM (J44)
      Puan Siti Maisarah Binti Nahrawi
        PENOLONG PENGARAH AWAM (J41)
      Encik Mohd Afezul Bin Mohd Rasidi

      PENOLONG PENGARAH AWAM (J41)
      Encik Norazree Bin Abdul Aziz
      PENOLONG PENGARAH AWAM (J41)
      Encik Mohammad Abdullah Bin Ismail

       PENOLONG PENGARAH UKUR BANGUNAN (J41)
      Encik Kamarul Arif Bin Abdul Wahab

        PENOLONG PENGARAH UKUR BANGUNAN (J41)
      Cik Nurul Diyana Binti Mohd Dahari

      PENOLONG PENGARAH AWAM (J41)
      Puan Nor Rafidah Binti Mansur

      PENOLONG JURUTERA KANAN (J36)
      Encik Mat Shah Bin Mukhtar

       PENOLONG JURUTERA AWAM (J29)
      Puan Azura Binti Husin

      PENOLONG JURUTERA ELEKTRIKAL (JA29)
      Encik Mustaffa Kamal Bin Ab. Samad

      PENOLONG JURUTERA AWAM (JA29)
      Encik Muhammad Noor Kamarudin

      PENOLONG JURUTERA AWAM (J29)
      Encik Ahmad Fadli Bin Mohammad


       PEMBANTU TADBIR (N22)
      PuanFaridah Anom Binti Saleh

      PEMBANTU TADBIR (N17)
      Puan Nazirah Binti Abd. Wahab

      PEMBANTU RENDAH AM (R1)
      Pn. Noraini Binti Zakaria
      PEMANDU H11
      Encik Adam Bin Hassan

      PT (PHS)
      Encik Mohammad Faiz Bin Fauzi