DEKLERASI SEBAGAI JALAN PERSEKUTUAN
Bagaimanakah sesuatu jalan tersebut di ketegorikan sebagai Jalan Persekutuan?
Secara umumnya terdapat banyak jalan-jalan di negeri Selangor asalnya dianggap sebagai jalan negeri . Walaubagaimanapun, disebabkan pembangunan ekenomi yang semakin pesat, banyak jajaran jalan negeri dinaiktaraf sebagai sebuah Jalan Persekutuan. Jalan-jalan ini hendaklah memnuhi satu atau lebih criteria sebelum diiktiraf sebagai jalan Persekutuan.
Diantara criteria-kriteria yang perlu depenuhi untuk deklarasi sesebuah jalan sebagai Jalan Persekutuan adalah:
Jalan antara negeri bersambung ke Bandar-bandar utama;
- Jalan menghubungkan Bandar-bandar utama di antara negeri dan berhubung ke Jalan Persekutuan negeri lain;
- Jalan menghubungkan rangkaian jalan Persekutuan ke lapangan terbang di bawah Jurisdiction of Civil Aviation Department
- Jalan menghubungi rangkaian jalan Persekutuan ke titik masuk dan keluar sempadan negeri;
- Laluan dari rangkaian jalan Persekutuan/Negeri dan jalan antara kampong FELD A dan FELCRA;
- Rangkaian jalan arterial di antara skim pembangunan kawasan;
- Jalan untuk tujuan utama yang menyimpan keselamatan negara;
- Jalan terpilih menuju ke resort pelancongan terkenal;
- Lalauan dari jalan Rangkaian Persekutuan/Negeri ke bukit penghantaran stesyen telekomunikasi kerajaan; dan
- Jalan sedia ada yang telah diwarta sebelum Disember 1987 sebagai jalan Persekutuan di bawah Akta Pengangkutan Jalan tetapi belum memenuhi mana-mana satu criteria yang disebut di atas.