PERUTUSAN KPPS


Terakhir dikemaskini pada: 5 November 2014

Perutusan Ketua Penolong Pengarah Senggara (KPPS):


Encik Kamaruzaman Bin Hussen
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya BSPN telah melangkah ke tahun yang ke LIMA penubuhannya.Selaras dengan fungsi utama bahagian ini, iaitu untuk memantau dan melaksanakan kerja penyenggaraan ke atas aset-aset persekutuan termasuk jalan, bangunan serta infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan persekutuan, oleh itu kami akan memastikan semua aset tersebut selamat dan selesa untuk digunakan. BSPN akan terus berusaha meningkatkan prestasi untuk memastikan kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan pengguna diutamakan.
Akhir sekali, semoga semua usaha yang kita laksanakan adalah ikhlas kerana Allah serta dengan niat untuk mendapat keredhaanNya.

Sekian, terima kasih.

KAMARUZAMAN BIN HUSSEN
Ketua Penolong Pengarah Senggara
Bahagian Senggara Persekutuan Negeri
JKR Selangor



Perutusan Ketua Penolong Pengarah Senggara (KPPS) yang terdahulu (2009-2013):

Pn. Rabiah Binti Ab Aziz


Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita telah berjaya membangunkan Laman Blog BSPN yang akan menjadi pusat perkongsian maklumat, ilmu dan komunikasi yang berkaitan dengan fungsi pejabat ini. Peranan Bahagian ini yang lebih tertumpu kepada pembangunan, perluasan dan tadbir urus kepada Amalan Terbaik (Best Practices) bagi pengurusan aset kerajaan yang merupakan sebahagian dari fungsi utama Cawangan Kejuruteraan Senggara JKR. Pewujudan laman blog ini dilihat amat sesuai dengan strategi JKR untuk memantapkan peranannya sebagai peneraju dalam pengurusan aset kerajaan sejajar dengan Dasar Pengurusan Aset Kerajaan yang telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia pada 31 March 2009.

Laman blog ini menyediakan maklumat penting dan terkini kepada semua warga JKR dalam pendekatan pengurusan aset secara sistematik, holistik dan strategik berdasarkan amalan terbaik dikenali sebagai Pengurusan Aset Menyeluruh (Total Asset Management). Diharap para pengunjung Laman blog ini akan dapat pendedahan awal kepada techniques & tools dalam Pengurusan Aset Menyeluruh yang menekankan prinsip nilai faedah keseluruhan dalam proses Kitaran Hayat Aset (Asset Life Cycle). Ia juga fokus kepada penggunaan aset yang optimum dengan kos yang efektif serta merangkumi ciri-ciri mesra pengguna, mesra alam sekitar, kecekapan tenaga, tahap keselamatan dan kawalan keselamatan. Keseluruhan aktiviti Bahagian ini bertujuan untuk memasti nilai aset (asset value) yang maksimum.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucap setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua staf BSPN yang terlibat dan semua pihak yang telah memberi sumbangan yang tidak ternilai bagi menjayakan Laman Blog BSPN ini. Semoga segala usaha murni tuan/puan akan membawa kepada kecemerlangan jabatan dan Negara keseluruhannya serta diredhai Allah SWT.

Wassalamualaikum w.b.t.


RABIAH BINTI AB. AZIZ
Ketua Penolong Pengarah Senggara
Bahagian Senggara Persekutuan Negeri
JKR Selangor