KERJA UNDI PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN NEGERI SELANGOR


Pada 16 Julai 2012, JKR Selangor telah mengadakan Program Cabutan Undi Kerja Penyengaraan Jalan Persekutuan bertempat di Stadium JKR Seksyen 17, Shah Alam Selangor dan telah dihadiri oleh Pengarah JKR Selangor dan Timbalan JKR Selangor selaku pemerhati dalam proses Cabutan Undi. Jumlah keseluruhan kerja yang telah ditawarkan adalah sebanyak 30 kerja yang melibatkan 26 Kerja Kelas ditawarkan untuk kelas “F”, 2 kerja bagi kelas “E” dan 2 kerja bagi Kelas D. Program ini diselaraskan secara serentak di seluruh Negeri Selangor dimana semua undian kelas F dibuat di pejabat JKR Daerah manakala Kelas D dan E diuruskan di Ibu Pejabat JKR Selangor. Program ini telah dirangka oleh Kementerian Kerja Raya , bertujuan membuka peluang kepada kontraktor-kontraktor kecil di Negeri Selangor membangunkan ekonomi masing-masing.

Gambar 1: Pendaftaran Kontraktor & Semakan Dokumen

Gambar 2: Antara Kontraktor Yang Turut Serta

Gambar 3: Pengarah JKR Selangor Memasukkan Sampul Undi


Gambar 4: Cabutan Undi Berlangsung

Gambar 5: Kontraktor Yang Berjaya Kelas D


Gambar 6: Kontraktor Yang Berjaya Kelas E