MESYUARAT DAN LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN CAWANGAN KEJURUTERAAN SENGGARA DI BAHAGIAN SENGGARA PERSEKUTUAN NEGERI SELANGOR



Pada 8hb November 2012, BSPN JKR Selangor telah menerima kunjungan buat pertama kalinya daripada Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Senggara; Ir. Hj.  Adanan bin Mohamed Hussain sempena Mesyuarat dan Lawatan Kerja Pengarah Kanan CKS disertai oleh Pengarah Bahagian Fasiliti Jalan; Dato’ Ir. Haji Hamizan bin Mohd Inzan, Pengarah Bahagian Fasiliti Bangunan; Dato’ Hj. Abd Rahim bin Haji Ahmad, Pengarah Kejuruteraan Cerun; Dr. Che Hassandi bin Abdullah, wakil Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara; Pn. Maziah binti Abu Hassan bersama beberapa pegawai pengiring dari Ibu Pejabat.

Pelbagai persiapan dilaksanakan oleh BSPN dua bulan sebelum lawatan diadakan seperti melaksanakan mesyuarat penyelarasan dan mewujudkan ahli jawatan kuasa bagi kelancaran lawatan tersebut. Aturcara mesyuarat serta lawatan tersebut turut dibincangkan dengan teliti di bawah penyeliaan KPPS.

Selangor merupakan negeri pertama yang dilawati oleh Pengarah Kanan CKS. Diantara tujuan lawatan tersebut adalah bagi membentangkan SKT KPPS dan membincangkan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kerja senggara di bawah BSPN.

Pengarah Kanan serta pegawai pengiring kemudiannya melawat ke pejabat BSPN di Tingkat 2, Bangunan SUK Shah Alam sebelum sesi bergambar bersama warga BSPN, Ketua Bahagian dan Jurutera Daerah.

Seterusnya lawatan diteruskan ke Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G (PULLS-G) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang. Para pegawai diberi taklimat ringkas selama 20 minit sebelum melawat ke bilik stimulator dimana Pengarah Kanan serta pegawai pengiring berpeluang mencuba sendiri stimulator-stimulator tersebut. Lawatan berakhir dengan makan tengah hari yang sungguh enak di Bangunan MASS TUDM Subang.

Alhamdulillah mesyuarat dan lawatan tesebut berjalan dengan lancar dan setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Pengarah Kanan dan pegawai pengiring yang sudi hadir dan kepada warga BSPN yang bertungkus-lumus menjayakan acara ini.


Selamat datang kepada Pengarah Kanan sempena mesyuarat dan lawatan kerja beliau ke Bahagian Senggara Persekutuan Negeri Selangor, Bangunan SUK, Shah Alam

En. Mohd Sabri Husin dan Cik Christina Edmund menyambut kedatangan Pengaran Kanan, Cawangan Kejuruteraan Senggara

Sesi pendaftaran peserta mesyuarat
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh En. Zulfadli Bin Mohd Ragemen

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan CKS di Bilik Mesyuarat Kekwa, Tingkat 5, Bangunan SUK


Sesi pembentangan SKT BSPN 2012 oleh Ketua Penolong Pengarah Senggara, Puan Rabiah Binti Abd. Aziz

Sesi penyampaian cenderahati oleh Timbalan Pengarah JKR Selangor, Ir. Hj. Abdul Hamid Bin Md Daud kepada Pengarah Kanan CKS

Sesi penyampaian cenderahati oleh Pengarah Kanan CKS kepada Timbalan Pengarah JKR Selangor, Ir. Hj. Abdul Hamid Bin Md Daud

KPPS, Puan Rabiah Binti Abd. Aziz memberi sedikit taklimat tentang jumlah kakitangan dan ruang kerja pejabat di BSPN.

Pengarah Kanan CKS melawat ke setiap ruang kerja pejabat Bahagian Senggara Persekutuan Negeri Selangor


Sesi taklimat oleh pegawai dari Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G (PULLS-G), TUDM, Subang


Sesi taklimat daripada Dr. Zahari tentang aktiviti yang dijalankan di Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G (PULLS-G)


Pengarah Kanan CKS mencuba sendiri Simulator-G tersebut.

Sesi penyampaian hadiah daripada Dr. Zahari kepada Pengarah Kanan CKS

Sesi penyampaian hadiah daripada Pengarah Kanan CKS kepada Dr. Zahari



Sesi bergambar kenangan sempena lawatan kerja Pengarah Kanan CKS bersama semua pegawai BSPN