Bengkel Latihan "Training of Trainers" Penggunaan Sistem mySPATA Bersama Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK Selangor



             Pada 8 hingga 10 Januari 2013, hasil dari kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK Negeri Selangor bersama Bahagian Senggara Persekutuan Negeri Selangor (BSPN) JKR Selangor dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara (BPKS), Ibu Pejabat JKR Malaysia telah terlaksana satu Bengkel Latihan "Training of Trainers" Penggunaan Sistem mySPATA setelah hasrat untuk diadakan bengkel ini dinyatakan oleh pihak SUK Selangor pada Ogos tahun lalu.
            Penyertaan dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK Negeri Selangor telah diketuai oleh Penolong Setiausaha Bahagian, En. Fahrin Bin Asmawi bersama pegawai bahagiannya seramai 8 orang yang bakal menerajui pengunaan sistem mySPATA di dalam pengurusan aset tak alih Kerajaan Negeri yang mana Kerajaan Negeri Selangor juga merupakan perintis kepada Kerajaan Negeri yang lain dalam penggunaan sistem mySPATA. Seramai 7 orang pegawai-pegawai dari Unit Fasiliti Bangunan, BSPN turut menyertai bengkel ToT ini.
            Bengkel ini telah dirasmikan dan ditutup oleh Ketua Penolong Pengarah Senggara, Puan Rabiah Bt Ab Aziz sendiri dan dalam ucapannya, beliau meyatakan Kerajaan Negeri selepas ini diharapkan mendapat faedah dengan pengunaan system mySPATA dalam pengurusan aset tak alih kerajaan ke arah pengurusan aset yang lestari (Sustainable Asset Management).
             Kejayaan penganjuran bersama bengkel ini agar dapat diteruskan di masa akan datang dan akan melibatkan lebih banyak Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.

Pn. Rabiah menyampaikan ucapan perasmian

En. Fahrin menyampaikan ucapan

Ketika sesi bengkel berjalan

En. Ameyrullah selaku penceramah dari Ibu Pejabat JKR Malaysia

Fokus mendengar penerangan dari penceramah

Penyampaian cenderahati daripada Pn. Rabiah kepada penceramah kedua En. Nazrul Izham