AGENSI BERTANGGUNGJAWAB PENYENGGARAAN LORONG MOTORSIKAL LEBUHRAYA PERSEKUTUAN FT02



Pembinaan lorong motorsikal di Malaysia bermula dengan pembinaan Lebuhraya Persekutuan Ft02 yang dimulakan pada tahun 1974 dan siap pada tahun 1997, hasil daripada kerja menaiktaraf Jalan KL-Klang sedia ada kepada lebuhraya express melalui penggantian persimpangan searas kepada persimpangan bertingkat.

Lorong motorsikal dahulunya adalah laluan basikal bermula dari Persimpangan Seputeh sehingga  Persimpnangan Lapangan Terbang Subang.Pada tahun 1992 pula, lorong motorsikal disambung sehingga ke Klang semasa PLUS Expressway Berhad menaiktaraf jajaran dari Persimpangan Subang sehingga ke Bulatan Berkerley.

Panjang lorong motorsikal di Lebuhraya Persekutuan FT02 adalah sepanjang 28.4 KM dan terdapat 4 agensi yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan penyenggaraan dibawah persempadanan masing-masing.  Berikut adalah 4 agensi tersebut mengikut persempadanan:-

  • .       DBKL – Brickfield sehingga Mid Valley –(2.0 Km)
  • .       SPRINT – Persimpangan Kerinchi  (Midvalley)– Pintu Gerbang Darul Ehsan – (2.4km)
  • .       JKR – Pintu Gerbang sehingga Persimpangan Subang – (8.0 KM)
  • .       PLUS – Persimpangan Subang - Sg, Rasau – (16KM)