Perjanjian tersebut telah menentukan bahawa penyenggaraan ke atas Jalan Persekutuan dilaksanakan oleh syarikat konsesi dengan skop kerja yang meliputi Penyenggaraan Rutin, Penyeggaraan Berkala dan Penyenggaraan Kecemasan.
Tujuan penyeggaraan jalan ini dijalankan adalah untuk memastikan permukaan dan persekitaran jalan sentasa selamat dan selesa kepada pengguna jalan raya khususnya.
Penyenggaraan jalan terbahagi kepada 3 iaitu:-
A. Penyenggaraan Rutin
- meliputi penyenggaraan pavemen,bahu jalan, pemotongan rumput,perabot jalan,pembentung dan jambatan dan penyenggaraan longkang
B. Penyenggaraan Berkala
- Penyenggaraan jalan menjurus kepada kerosakan jalan di atas kelemahan pavemen jalan
C. Penyenggaraan Kecemasan
- Melibatkan kerosakan yang tidak dijangka atau diluar kawalan yang memerlukan penyenggaraan segera