R01 – MENAMPAL POTHOLES
Rajah 1 : Penampalan pothole
Kerja-kerja menampal lubang di permukaan jalan, berukuran tidak kurang 200mm garispusat (tetapi tidak melebihi 1000mm) dan tidak kurang dari 25mm. Lubang yang lebih besar dikira berpunca daripada kelemahan struktur pavemen dan dirawat di bawah program penyenggaraan berkala.
Pusingan – Apabila diperlukan
R02- BAHU JALAN
Rajah 2 : Menggred bahu jalan
Kerja penyenggaraan bahu jalan melibatkan kerja mengred semula, kerja pemadatan dan membentuk tanah atau batu kerikil bagi bahu jalan apabila terdapat perbezaab ketinggian melebihi 50mm sepanjang 200m. Kerja penyenggaraan dilaksanakan mengikut ketetapan Standard Sepsification for Roadworks JKR/SPJ/1988 dan/atau seperti yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.
Pusingan – Apabila diperlukan
R03- PEMOTONGAN RUMPUT
Rajah 3 : Memotong Rumput
Kerja pemotongan rumput melibatkan kerja memotong,mengumpul dan membuang rumput semak samun dan sampah sarap di dalam kawasan pemotongan tersebut termasuk sisa-sisa pemotongan dari kerja tersebut ke tempat yang dibenarkan.
Standard dan Skop Kerja
- Pemotongan hendaklah tidak melebihi 50mm;
- Pemotongan dilakukan dengan kelebaran 3.0meter dari buju jalan sekiranya tiada longkang tepi jalan (roadside drain) dan 1 meter selepas longkang sekiranya terdapat longkang tepi;
- Di permukaan cerun potong atau cerun tambak, pemotongan adalah terhad 1 meter di atas atau di bawah cerun (slope)
- Pemotongan di lakukan di 1meter kanan dan kiri segala jenis longkang berm drain/ interceptor drain;
- Pemotongan dilakukan di tengah (median) jalan.
Pusingan : Jalan Protokol : 12 kali setahun
Jalan Primer : 12 kali setahun
Jalan Sekunder : 12 kali setahun
R04 – PERABOT JALAN
Rajah 4 : Mencuci perabot jalan
Kerja-kerja membersih penghadang jalan, penghadang konkrit, delineator post,lampu isyarat.
Pusingan Jalan Protokol : 4 kali setahun
Jalan Primer : 2 kali setahun
Jalan Sekunder : 2 kali setahun
RO5 – PENYENGGARAAN JAMBATAN DAN PEMBENTUNG
Rajah 5 : Penyenggaraan Jambatan dan Pembentung
Penyenggaraan adalah seperti pembersihan sampah, mengalihkan bahan asing seperti kayu, akar,pecahan batu,tumbuhan liar dan bahan-bahan tinggal/tidak dikehendaki jauh dari kawasan/struktur jambatan dan pembetung dengan menggunakan peralatan dan jentera yang sesuai
Kawasan/struktur jambatan dan pembentung tersebut termasuk laluan jambatan, laluan masuk air, lubang saliran (weepholes), dek jambatan dan pembentung dan laluan keluar masuk pembentung
Pusingan Jalan Protokol : 4 kali setahun
Jalan Primer : 2 kali setahun
Jalan Sekunder : 2 kali setahun
R07 – PEMBERSIHAN LONGKANG
Rajah 5 : Kerja-Kerja Mencuci Longkang
Kerja-kerja mengalihkan tanah,pecahan batu, rumput dan lain-lain halangan yang terdapat dalam longkang dan pengumpul (sump) yang boleh menyekat pengaliran air di longkang sepanjang jalan persekutuan. Penyenggaraan longkang dilakukan sama ada longkang tanah atau longkang konrkrit.
Membaiki kerosakan longkang adalah termasuk dalam skop kerja seperti di dalam perjanjian:-
“ Damaged drains and supms: Repair damaged asset when damage is causing an immediate safety problem or it has reduced the function of the drains as necessary” and
“Damged covers: Repair damaged asset when damage is causing an immediate safety problem necessary”
Pusingan Jalan Protokol : 4 kali setahun
Jalan Primer : 2 kali setahun
Jalan Sekunder : 2 kali setahun