PROGRAM MENINGKATKAN PENGURUSAN TRAFIK (TMP), KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN PROJEK PEMBINAAN DI NEGERI SELANGOR

Gambar: Juruaudit Projek Jalan Kg Sawah ke Telok Panglima Garang Membina Jambatan Kg Sawah (Pakej 1)

Seringkali dikaitkan projek pembinaan sering mengakibatkan kesesakan lalulintas, kemalangan, serta kebersihan yang kurang memuaskan di jalan raya. Pelan pengurusan trafik (TMP), keselamatan dan kebersihan merupakan peraturan yang perlu dipatuhi dan amat dititikberat dalam pelaksanaan sesuatu projek khususnya projek pembinaan jalan. Pengurusan yang efektif bukan sahaja meningkatkan produktiviti malah mewujudkan persekitaran selamat seterusnya memberi kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna jalan raya.

Justeru itu, Pengarah JKR Selangor telah mengarahkan supaya juruaudit dilantik bagi memeriksa serta menilai sejauh manakah keberkesanan pengurusan trafik yang telah dilaksanakan oleh kontraktor pembinaan projek. Para Pegawai daripada Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN), serta Bahagian Jalan JKR Selangor telah dilantik sebagai juruaudit Program Audit Meningkatkan Pengurusan Trafik, Kebersihan dan Keselamatan Projek Pembinaan di Negeri Selangor. Juruaudit yang terlibat adalah:

• Puan Rabiah Binti Ab. Aziz – Ketua Juruaudit
• Cik Aini Fadzilah Bt Yaakob - Juruaudit
• En Abdullah B Ismaik- Juruaudit
• Mohd Afezul B Mohd Rasidi- Juruaudit
• Cik Nurhidayati Bt. Md Daud- Juruaudit
• En Osman B Samingan- Juruaudit
• En Saparudin B. Kasmin- Juruaudit

Sebanyak 11 Projek telah dilaksanakan sepanjang penggal pertama tahun 2011.Di antara projek-projek yang telah dibuat pemeriksaan adalah seperti berikut:-

• Menggantikan Jambatan No FT 005/344/50 di atas Sg Sepang Besar, Daerah Sepang
• Menggantikan Jambatan No FT 005/356/60 di atas Sg Sepang Kecil, Daerah Sepang
• Menaiktaraf Jalan Sg. Pusu B22
• Cadangan Menaiktaraf laluan FT 001 dari Kajang ke Beranang Fasa 1 (Persimpangan Sunway Semenyih)
• Membina Jalan Penyambung & Menaiktaraf Jalan Hj Abd Manan Di Antara Bandar Kapar & Meru
• Cadangan Pembinaan Jejantas Pejalan kaki di pintu 2 UiTM Shah Alam
• Jalan Kg Sawah ke Telok Panglima Garang Membina Jambatan Kg Sawah (Pakej 1) Kontrak kedua
• Jalan Bangi ke Kisda
• Cadangan Menaiktaraf Jalan Klang Lama, Daerah Petaling (SKOP: Auditan Kualiti Kerja-Kerja Pembaikan Kecacatan)
• Membina Jejantas di Jalan Kerja Air Lama, Ampang
• Menaiktaraf Jalan Monterez ke TUDM

Secara keseluruhan separuh penggal pertama ( Jan – Jun 2011) mendapati secara keseluruhannya pematuhan Pengurusan Trafik, Keselamatan serta kebersihan adalah di tahap memuaskan dengan peratusan 72.3 %. Hasil auditan yang memberangsangkan ini telah mendapat pujian daripada Pengarah JKR Selangor dan juruaudit telah diarahkan untuk melebarkan pelaksanaan program auditan ini terhadap Projek –projek di bawah Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR dan Projek-Projek di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia di Negeri Selangor khususnya. Walaubagaimanapun, program tersebut masih di peringkat perancangan untuk pelaksanaan.

Download Link

a. Takwim Program Audit Meningkatkan Pengurusan Trafik (TMP), Keselamatan dan Kebersihan
    Penggal ke-2/2011 (Julai - Dis) - klik sini
b. Senarai Semak Audit Pematuhan Pengurusan Trafik Bagi Projek Jalan - klik sini
c. Senarai Projek Di Bawah Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Bagi Program Audit Yang Dirancang
   - klik sini
d. Senarai Projek Di Bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia Bagi Program Audit Yang Dirancang - klik sini