PROGRAM AUDIT RUTIN, KUALITI DAN PENGURUSAN TRAFIK - PENGGAL KE -2/2011




Merujuk kepada Arahan Pentadbiran JKR Selangor Bil 1/2011, pemeriksaan dan pemantauan hendaklah dijalankan oleh setiap JKR Daerah terhadap kerja-kerja rutin yang dilaksanakan oleh pihak konsesi Roadcare bagi jalan-jalan persekutuan di Negeri Selangor.

Juruaudit yang terlibat adalah terdiri daripada pegawai daripada Bahagian Senggara Persekutuan Negeri Selangor (BSPN)  serta pegawai daripada JKR Daerah. Skop auditan adalah:

·         Pemeriksaan Penyenggaraan Rutin;
·         Kualiti Penyenggaraan Jalan; dan
·         Pengurusan Trafik Semasa Kerja Penyenggaraan

Objektif utama program auditan ini dijalankan adalah :-

·   Memastikan kerja Pemeriksaan Rutin dijalankan mengikut kontrak yang telah dipersetujui       oleh Syarikat Konsesi;
·   Menilai pematuhan kerja penyenggaraan yang dijalankan oleh Konsesi di Zon Tengah/Timur  Negeri Selangor dilaksanakan berdasarkan kepada spesifikasi yang terkandung dalam Dokumen Perjanjian Penswastaan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia; dan
·   Memastikan bahawa Konsesi sentiasa melaksanakan kerja penyenggaraan dengan mematuhi pengurusan trafik secara berkesan dan berterusan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Lanjutan itu, Program Auditan bagi Penggal Ke-2, 2011 telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang Jun hingga Disember 2011.

Download Link:-

a. Senarai Semak Audit Kualiti Penyenggaraan (Klik Sini)                                                 
b. Borang Audit Pematuhan Pengurusan Trafik Sewaktu Kerja Penyenggaraan Jalan (Klik sini)
c.  Spesifikasi Pelan Pengurusan Trafik Semasa Penyenggaraan (Klik sini)
d. Takwim Program Audit Rutin, Kualiti dan Pengurusan Trafik Penggal ke-2, 2011 (Klik sini)
e. Senarai Nama Pegawai JKR Yang Terlibat Dalam Program Audit (Klik sini)