Surat arahan KPKR bertajuk Garis Panduan Pengurusan Lukisan Siap Bina bertarikh 24 Mei 2011 telah dikeluarkan untuk edaran secara rasmi kepada semua JKR Cawangan, JKR Negeri dan JKR Daerah untuk digunapakai secara seragam garis panduan tersebut di keseluruhan Jabatan Kerja Raya. Lantaran itu, fokus BSPN Selangor adalah untuk menyampaikan maklumat ini di peringkat JKR Selangor agar semua Bahagian dan JKR Daerah dapat mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan supaya pengurusan lukisan siap bina lebih teratur dan sempurna. BSPN Selangor yang merupakan urusetia pengumpulan lukisan siap bina diperingkat JKR Selangor mengharapkan dengan kewujudan Garis Panduan Lukisan Siap Bina ini akan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian JKR Selangor dalam pengurusan lukisan siap bina menjadi antara JKR Negeri terbaik.