KESUAIAN PEMASANGAN CRASH CUSHION DI MRR2

Laporan Akhbar Utusan malaysia pada 14 Mac 2010 telah memberi impak besar kepada penyenggaraan Jalan Lingkaran Tengah 2 @ MRR2. bertitik tolak daripada laporan "MRR2 Zon Perang?" itu, satu usul untuk menyerahkan kawasan penyenggaraan DBKL kepada JKR bagi membolehkan penyenggaraan MRR2 dijalankan oleh satu agensi sahaja iaitu JKR.

Penyenggaraan kawasan DBKL diserahkan secara rasmi kepada JKR pada Bulan Mac 2011 - setahun selepas laporan tersebut. jika sebelum ini ia melibatkan tiga daerah iaitu Petaling, Gombak dan Hulu Langat, bertujuan bagi memudahkan kerja penyenggaraan, penyenggaraan MRR2 hanya dibahagikan kepada dua daerah sahaja iaitu Gombak - bermula dari seksyen 0.00 (selepas TOL DLP) sehingga 25.90 (Jejambat Hotel Flamingo) dan Hulu Langat - 25.90 sehingga 39.90 (sempadan KESAS).

Berbagai kerja pembaikan telah dijalankan di laluan tersebut untuk menjamin keselesaan pengguna jalan raya. kerja - kerja pembaikan sentiasa berjalan bermula dari tahun 2010 hingga sekarang.

KAJIAN KESESUAIAN PEMASANGAN CRASH CUSHION

pelbagai kajian dan rawatan telah dilaksanakan bagi menambah baik mutu penyenggaraan jalan tersebut. salah satu daripada kajian yang telah dijalankan ialah kesesuian pemasangan 'crash cushion'.
laporan kajian disertakan disini.

Laporan ini juga berguna untuk diadaptasi di jalan - jalan lain mengikut keadaan tapak.