Majlis Cabutan Kerja Undi Penyenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Selangor Tahun 2012


Pada 16 Julai 2012 bertempat di Stadium JKR Seksyen 17, Shah Alam pada pukul 07.30 pagi  telah berlangsung Majlis Cabutan Kerja Undi Penyenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Selangor Tahun 2012 yang telah dihadiri oleh Pengarah JKR Selangor dan Timbalan Pengarah JKR Selangor sebagai pemerhati dalam proses cabutan undi tersebut.  Sebanyak 30 projek penyenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Selangor telah sedia untuk direbut oleh kontraktor yang membabitkan Kontraktor Kelas D, E & F secara serentak di seluruh Selangor termasuk empat diuruskan oleh BSPN.  Kebanyakan projek yang ditawarkan melibatkan kerja yang boleh dilakukan kontraktor kecil kerana tidak memerlukan teknologi tinggi.  Kementerian Kerja Raya telah membuka cabutan undi untuk kontraktor kelas D dan E bagi mempercepatkan pelaksanaan projek yang ditawarkan serta membantu mereka untuk mendapatkan peluang membangunkan ekonomi masing-masing.