MESYUARAT KHAS AMALAN 5S BIL1/2013 DI BSPN PADA 15HB JULAI 2013


Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) telah mengadakan Mesyuarat Khas Amalan 5S Bil.1/2013 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN), Seksyen 17, Shah Alam yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Senggara (KPPS), Puan Rabiah Binti Ab. Aziz.

Mesyuarat Khas ini diadakan bertujuan untuk membincangkan Amalan 5S yang perlu dilaksanakan di pejabat baru BSPN serta Pelantikan Jawatankuasa Amalan 5S supaya kerja-kerja pengurusan persekitaran tempat kerja di BSPN ini lebih seragam dan sistematik selaras berdasarkan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.

Tarikh audit Amalan 5S dijangka akan dilaksanakan oleh audit dalaman pada awal bulan November/ Disember 2013. Semua kategori dan kriteria cemerlang merujuk kepada Panduan Amalan 5S Sektor Awam dari segi Keperluan Am, Ruang Pejabat dan Ruang Umum dititikberatkan semasa mesyuarat dilaksanakan dan KPPS telah memaklumkan kepada semua kakitangan BSPN dimana Mesyuarat Amalan 5S akan dilaksanakan setiap bulan atau dari semasa ke semasa bagi menambahbaik pengurusan dan keperluan di pejabat ini. Mesyuarat berakhir pada jam 5.00 petang. 

 
 
 


Suasana perbincangan ketika Mesyuarat Khas diadakan bersama semua kakirangan BSPN bersama Ketua Penolong Pengarah Senggara, Puan Rabiah Binti Ab. Aziz.