MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN TAKLIMAT PENGENALAN BERSAMA DATO’ PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR PADA 29HB OGOS 2013



Pada 29hb Ogos 2013, majlis sambutan hari raya aidilfitri telah disambut dengan sederhana di Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) dibawah anjuran bersama Bahagian Pendidikan dan Pengajian Tinggi (BPPT) di Seksyen 17, Shah Alam. 

Tujuan majlis sambutan hari raya ini diraikan bersempena BSPN telah berpindah ke pejabat baru dan taklimat pengenalan serta sesi berkenalan bersama Dato’ Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Dato’ Ir. Hj. Hamizan Bin Mohd Inzan. Selain itu, majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara semua bahagian di JKR Negeri Selangor. Pelbagai hidangan menu masakan hari raya telah dihidangkan untuk santapan bersama. Majlis bermula dan berakhir dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

“BSPN menyusun kata,
Tutur peri yang aulia,
Maaf-bermaafan sesama kita,
Salam Aidilfitri yang mulia.”

 
 
 
 
Salam aidilfitri dan Selamat menjamu selera daripada anjuran Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) dan Bahagian Pendidikan dan Pengajian Tinggi (BPPT) kepada warga Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

Salam aidilfitri dan Selamat menjamu selera daripada anjuran Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) dan Bahagian Pendidikan dan Pengajian Tinggi (BPPT) kepada warga Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.