PENETAPAN HAD LAJU TEMPATAN




HAD LAJU satu bentuk peraturan jalan raya yang menetapkan kelajuan maksimum atau minimum yang selamat bagi pemanduan di jalan raya atau lebuh raya awam. Ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagai langkah untuk mencegah kemalangan jalan raya akibat pemanduan yang terlalu laju atau terlalu perlahan sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Dikuatkuasakan melalui Sec 69, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Di Negara kita, kuasa bagi menentukan had laju adalah tertakluk kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]. Di bawah Seksyen 69 (1), akta tersebut Menteri Pengangkutan boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan satu had laju kebangsaan bagi segala jalan di Malaysia. Dalam hal ini, had laju kebangsaan bagi semua lebuhraya bertol telah ditetapkan pada 110 km. sejam manakala bagi lain-lain jalan telah ditetapkan sebagai 90 km sejam

Di bawah Seksyen 69 (2) pula, akta tersebut memberi kuasa kepada Menteri Kerja Raya (untuk jalan persekutuan) dan pihak berkuasa berkenaan (selain jalan persekutuan) untuk menetapkan had laju tempatan dengan syarat had laju yang ditetapkan di dalam perintah yang disiarkan dalam Warta, tidak boleh melebihi had laju kebangsaan di ditetapkan dalam Seksyen 69 (1) akta tersebut

Bagi semua jalan-jalan persekutuan, penetapan had laju tempatan adalah berdasarkan kepada garis panduan “Guidelines For Selection Of Speed Limit (JKR Malaysia)”.

Kriteria  Penetapan Had Laju Tempatan

  1. Mengenal pasti bahagian jalan yang memerlukan pengwujudan had laju tempatan. Pengwujudan had laju tempatan ini mungkin atas permintaan orang ramai atau berdasarkan  nasihat daripada Majlis Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan (National Road Safety Council) atau Jawatankuasa Penasihat Lalulintas Tempatan (Local Traffic Advisory Committee) atau Polis.
  2. Panjang minimum zon had laju ialah 1 km dan kebiasaannya tidak melebihi 3 km.
  3. Penilaian had laju harus menepati elemen-elemen yang diambilkira didalam spesifikasi. Penetapan had laju harus mempunyai nilai terendah berdasarkan kriteria yang diberikan
  4. Zon yang mempunyai pelbagai had laju tempatan hanya boleh ditetapkan sekiranya jarak antara zon-zon tersebut melebihi 2 km. yang mana hanya had laju kebangsaan berkuatkuasa
  5. Sekiranya terdapat sekolah, hospital atau masjid berhadapan dengan jalan yang mempunyai zon had laju, papan tanda ADVISORY yang menunjukkan 50 km. sejam hendaklah dipasang sebelum kawasan berkenaan mengikut piawaian JKR terkini. Walau bagaimanapun, ianya hanya zon yang mempunyai had laju melebihi 50 km. sejam

Download:- Guideline for Selection Speed Limit JKR