KERJA-KERJA PEMERIKSAAN STADIUM SHAH ALAM DAN STADIUM MALAWATI DI ANTARA JABATAN KERJA RAYA (JKR) NEGERI SELANGOR DAN PIHAK BAHAGIAN PENGURUSAN STADIUM MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) PADA 8HB HINGGA 11HB OKTOBER 2013



Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor telah mendapat permohonan dari Perbendaharaan Negeri Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor Darul Ehsan untuk melaksanakan pemeriksaan di Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 26/2013 pada 4hb September 2013 telah memutuskan Bahagian Audit Bangunan JKR Negeri Selangor telah dilantik sebagai Building Auditors yang melibatkan empat (4) unit pasukan JKR iaitu Arkitek, Awam dan Struktur, Elektrikal dan Mekanikal.

Tujuan pemeriksaan ini dilaksanakan bertujuan untuk menyemak dan mengenalpasti keperluan penyenggaraan Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati. Pemeriksaan bersama telah dilaksanakan pada 8hb hingga 11hb Oktober 2013 dan dibantu oleh pasukan daripada Bahagian Pengurusan Stadium.

Skala penemuan bagi pemeriksaan ini melibatkan dua (2) penemuan iaitu; isu keselamatan dan isu kefungsian. Hasil dari pemeriksaan yang telah dilaksanakan, pihak JKR mencadangkan isu keselamatan perlu diambil tindakan dahulu iaitu kerosakan yang serius yang boleh menyebabkan kecelakaan / kecederaan kepada pengguna atau orang awam. Perlu diperbaiki dengan kadar serta-merta.

Lawatan kerja bersama Dato’ Pengarah, Dato’ Ir. Hj. Hamizan Bin Mohd Inzan, semua KPP JKR Negeri Selangor dan dibantu oleh Bahagian Pengurusan Stadium.