BSPN JUARA CEMERLANG PENGANUGERAHAN AMALAN 5S SECARA KESELURUHAN DI PERINGKAT JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR 2013



SETINGGI-TINGGI KALUNG TAHNIAH! diucapkan kepada Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) kerana telah menjadi Juara Cemerlang bagi Penganugerahan Amalan 5S secara keseluruhan di peringkat Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor bagi tahun 2013. 

Jumlah pemarkahan audit 5S pada 8hb November 2013 (Bil.1 06/11/2013 dan 07/11/2013) telah memaklumkan bahawa BSPN telah mendapat tempat pertama dengan jumlah markah iaitu 98.97%, manakala tempat ke-2 iaitu 94.15% bagi Bahagian Bangunan dan tempat ke-3, 95.77% bagi Bahagian Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

BSPN telah bertekad untuk mengamalkan Amalan 5S di pejabat supaya pengurusan dan keperluan di pejabat akan terus Cemerlang selain menyediakan ruang pejabat yang lebih kondusif dan dapat memberikan impak kakitangan yang lebih produktif.

Penganugerahan CEMERLANG kepada Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) yang dilaksanakan oleh audit dalaman pada 7hb November 2013.

Laporan Pemarkahan Audit 5S Bil.1/2013, Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) telah mendapat tempat pertama dengan jumlah pemarkahan keseluruhan, 98.79%.