MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PEGAWAI BSPN PADA 15HB DISEMBER 2013



Pada 15hb Disember 2013, BSPN JKR Selangor telah mengadakan majlis perpisahan sempena pegawai BSPN yang tamat perkhidmatan sebagai Pegawai Khidmat Sementara (PKS) kerana telah mendapat tawaran untuk sambung pelajaran di Politeknik Ungku Omar, Perak Darul Ridzuan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada pegawai ini di atas kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di BSPN. Pegawai tersebut adalah Nur Liyana Binti Tazarudin.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Nor Azree Bin Abdul Aziz. Selanjutnya, KPPS Senggara, Pn. Rabiah Binti Ab. Aziz dalam ucapannya juga telah merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada pegawai ini. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada pegawai yang akan bertukar dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada pegawai yang diraikan. Majlis telah berakhir dengan jamuan makan dan mengambil gambar kenang - kenangan.

Semua warga BSPN mengucapkan selamat maju jaya kepada pegawai ini dan semoga beliau terus sukses di masa hadapan!
“Buah Pauh Delima Batu,

Anak Sembilang di tapak tangan,

Walau jauh di negeri satu,

Hilang di hati, di mata jangan.”
Majlis perpisahan dan penyampaian cenderamata kepada pegawai, Nur Liyana Binti Tazarudin.