Penyerahan Bangunan Kuarters dan
Jalan Persekutuan di Bukit Fraser diadakan hasil daripada perbincangan pihak
JKR Pahang dan Kementerian Kerja Raya pada lawatan Pemantauan Tanah dan
Kuarters Persekutuan hakmilik Kementerian Kerja Raya di Pahang pada 13hb Mei
2013.
Penyerahan ini bertujuan untuk
mengemaskini rekod aset milikan Kementerian Kerja Raya mengikut negeri
masing-masing. Selain itu, penyerahan ini juga adalah bertujuan untuk dibaiki
dan disenggara oleh pihak JKR Negeri Selangor memandangkan lokasi aset tersebut
berada di dalam Negeri Selangor iaitu di Daerah Hulu Selangor. Penyerahan aset
persekutuan tersebut adalah melibatkan tiga
(3) unit kuarters, dua (2) unit Pondok Pagar, Jalan Persekutuan FT56 sepanjang
7.72km dan Jalan V422 sepanjang 1.54km. Bangunan kuarters yang diserahkan
telah berumur lebih 50 tahun.
Lawatan
ke tapak Bangunan Kuarters (JKR 40 I, JKR 40 J dan JKR 35)
yang telah melebihi 50 tahun di Bukit Fraser
Penyerahan majlis rasmi ini telah
diadakan pada 30hb September 2013 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Puncak In Fraser
Hill dan upacara simbolik penyerahan telah dilaksanakan di antara wakil JKR Pahang, Ir. Hj. Abdul Jalil bin
Mohamed, wakil JKR Selangor, Dato’ Ir. Hj. Hamizan Bin Mohd Inzan dan wakil
dari Bahagian Kawalselia Senggara, Kementerian Kerja Raya serta turut hadir
bersama Puan Rabiah Binti Ab. Aziz, Ketua Penolong Pengarah Senggara BSPN
Negeri Selangor dan Ketua Penolong Pengarah Senggara BSPN Negeri Pahang. Semua
dokumen dan maklumat mengenai bangunan kuarters seperti kad bangunan dan
kronologi bangunan serta jalan persekutuan telah diserahkan kepada JKR Negeri
Selangor.
Setelah upacara simbolik
penyerahan dilaksanakan, lawatan dan bergambar di tapak kuarters dijalankan
untuk pemantauan bangunan kuarters dan jalan persekutuan yang telah diterima. Mesyuarat
dan penyerahan bangunan kuarters dan jalan persekutuan berakhir pada jam 5.00
petang.
Upacara simbolik penyerahan telah dilaksanakan di
antara wakil JKR Pahang, Ir. Hj. Abdul Jalil bin Mohamed, wakil JKR Selangor,
Dato’ Ir. Hj. Hamizan Bin Mohd Inzan dan wakil dari Bahagian Kawalselia
Senggara, Kementerian Kerja Raya.